Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ruang udara terhad

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Jabatan Penerbangan Awam memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebagai langkah-langkah tambahan sekuriti dan keselamatan, kawasan dalam lingkungan 3 batu nautika iaitu 5.56 kilometer radius di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Daerah Brunei dan Muara, adalah diisytiharkan sebagai kawasan ruang udara terhad pada 15 Julai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam, di sini, menyatakan di bawah pengisytiharan itu, pesawat-pesawat udara termasuk dron iaitu pesawat udara kawalan jauh, tidak dibenarkan beroperasi di ruang udara berkenaan kecuali yang mendapat keizinan.

    Kegagalan untuk mematuhi arahan itu dianggap sebagai pelanggaran undang-undang dan peraturan Negara Brunei Darussalam, di bawah Seksyen 50 Perintah Penerbangan Awam (Bab 290).

    Orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Regulatori, Jabatan Penerbangan Awam, di talian 2330142 sambungan 1455 atau e-mel, unmanned.aircraft@dca.gov.bn.

    Jabatan Penerbangan Awam mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama dan mematuhi pengisytiharan berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda