Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Sebagai langkah-langkah tambahan sekuriti dan keselamatan, orang ramai dimaklumkan bahawa kawasan dalam lingkungan 3 batu nautika (5.56 kilometer) radius di kawasan Masjid Baharu Rancangan Perumahan Negara, Kampung Mengkubau, Daerah Brunei dan Muara telah diisytiharkan sebagai kawasan ruang udara terhad pada 28 Februari.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam (JPA), pesawat-pesawat termasuk dron (pesawat udara kawalan jauh), tidak dibenarkan beroperasi di ruang udara tersebut kecuali yang mendapat keizinan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan itu dianggap sebagai pelanggaran undang-undang dan peraturan Negara Brunei Darussalam, di bawah Seksyen 51 Perintah Penerbangan Awam, 2006.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Regulatori, JPA, di talian +673 233 0142 sambungan 1455 atau e-mel ke unmanned.aircraft@dca.gov.bn