Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rublev juara final Terbuka Dubai

    DUBAI, 28 FEB – Andrey Rublev yang penuh emosi berkata dia akan tidur selama dua hari selepas memenangi trofi ketiganya dalam tempoh tujuh hari apabila meranapkan impian pemain kelayakan Czech, Jiri Vesely dengan kemenangan 6-3, 6-4 di final Dubai Sabtu lalu.

    Pemain pilihan kedua dari Rusia itu memenangi gelaran perseorangan dan beregu di Marseille kelmarin sebelum terbang ke Emirates dan memburu mahkota perseorangan kerjaya ke-10 dan yang kelima di peringkat ATP 500.

    “Pastinya untuk dua hari akan datang saya akan tidur, saya tidak akan meninggalkan katil saya,” kata Rublev, yang rayuannya untuk keamanan di Ukraine selepas kemenangannya malam sebelumnya menjadi tular di seluruh stesen berita di seluruh dunia.

    “Akhirnya saya boleh berehat selama mungkin satu minggu sekarang. Saya berasa sangat gembira, walaupun mungkin saya letih.

    “Saya rasa saya bernasib baik hari ini kerana Jiri juga sangat letih. Dia mempunyai perlawanan yang sangat sukar sejak perlawanan kelayakan, tiga set, dia menewaskan pemain terbaik bermula dari pusingan pertama, jadi saya sangat bertuah kerana dia tidak dapat beraksi seperti kemampuannya. – AFP

    Reaksi Andrey Rublev meraikan bersama piala setelah memenangi Terbuka Dubai dalam perlawanan final menentang Jiri Vesely 26 Februari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda