VIENNA, 30 OKT – Pemain Rusia, Andrey Rublev hanya memerlukan lapan minit untuk mara ke pusingan suku akhir ATP Vienna selepas pemain remaja Itali, Jannik Sinner menarik diri akibat kecederaan.
Pemain pilihan kelima, Rublev mendahului 2-1 pada set pertama apabila pemain ranking ke-43 dunia berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan di kaki kanan.
Rublev, yang berjaya mara ke perlawanan suku akhir kali kesembilan musim ini akan menentang pilihan kedua dan juara bertahan, Dominic Thiem untuk memburu tempat separuh akhir ATP Vienna.
Juara Terbuka AS, Thiem berjaya menyingkirkan pemain Chile, Cristian Garin 6-3, 6-2.
Pemain Itali, Lorenzo Sonego juga berjaya mara ke suku akhir selepas berjaya mengalahkan pemain Poland, Hubert Hurkacz 7-6 (8/6), 7-6 (7/2) dan akan membuat perhitungan dengan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.
Pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov menyingkirkan pilihan ketiga dan juara bertahan Pusingan Akhir ATP, Stefanos Tsitsipas 6-7 (5/7), 6-4, 6-3 untuk kemenangan pertamanya ke atas pemain kelompok 10 teratas tahun ini.
“Saya kekal fokus namun dia lebih agresif, “ kata Dimitrov yang menduduki ranking ke-20.
“Pada tie-break, saya mempercayai diri sendiri dan membuat tindakan yang betul,“ katanya, yang akan menentang pemain Britain, Dan Evans untuk menempah tempat separuh akhir. – AFP
