Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ruffedge bakal adakan konsert Ogos ini

    Selepas berjaya menawan hati peminat di Singapura pada Jun lalu, kumpulan Ruffedge bakal menggegarkan pentas Malaysia pula pada 19 Ogos ini, lapor mStar.

    Menurut Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah, konsert yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini turut menampilkan Lah Ahmad dan penyanyi utama
    kumpulan Insomniacs, Iqie yang hadir bersama kumpulan vokal baharu, Distorted.

    “Dengan memberi sedikit kelainan bagi konsert di Kuala Lumpur, kami bawakan persembahan khas daripada penyanyi R&B terkenal, Lah Ahmad sebagai penyanyi undangan khas pada malam bersejarah itu.

    “Kami juga membawa bakat baharu dalam industri seni Zeppo Youngsterz yang baru sahaja menjadi juara dalam pertandingan tarian Body Rock USA di Amerika Syarikat baru-baru ini,” katanya.

    Sementara itu, Sein atau Syed Hussein Syed Mustafa Al-Qudsy, 39, berkata Lah Ahmad menjadi pilihan kumpulan Ruffedge kerana mereka bakal melancarkan single bersama.

    “Kami juga bakal mengeluarkan lagu single bersama Lah yang akan dimuatkan dalam album terbaru Ruffedge yang bakal dipasarkan tidak lama lagi,” kongsinya lagi.

    Bukan itu sahaja, Ruffera That Moment In Time live in Kuala Lumpur turut menampilkan kumpulan R&B baharu, Distorted yang dianggotai oleh Eneyqay, Sinolated serta Iqie yang juga penyanyi kumpulan Insomniacs.

    Mereka juga mengekalkn DJ Uno sebagai artis undangan sekali gus menjanjikan akan mengimbau kembali zaman kegemilangan R&B & Hip Hop suatu ketika dahulu. – Agensi

    Kejayaan konsert di Singapura membuatkan Ruffedge tidak sabar bertemu peminat di Malaysia pula. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...