Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rugi RM90,810 ditipu Insp Narita

    KUANTAN, 16 April – Seorang guru wanita terpaksa berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM90,810 lesap sekelip mata ‘dikaut’ oleh Macau Scam selepas mendakwanya terlibat dengan pengubahan wang haram di sini pada 22 Mac lepas.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 44 tahun sebelum itu telah dihubungi oleh seorang wanita yang mendakwa daripada sebuah bank dan memaklumkannya mempunyai tunggakan pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

    “Bagaimanapun mangsa menafikannya sebelum disambung kepada seorang suspek yang mendakwa sebagai Insp Narita dan memaklumkan mangsa telah terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

    “Suspek kemudian telah meminta butiran akaun milik pengadu berserta maklumat nombor pin, nombor kad untuk membuat pengesahan akaun serta meminta RM196,000 untuk tujuan ikat jamin,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Mangsa selepas itu memasukkan wang daripada dua akaun miliknya ke akaun yang diberikan kepada suspek.

    Katanya, mangsa hanya menyedari wang sebanyak RM90,810 hilang daripada akaunnya pada Ahad lepas dan telah membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

    Dalam kes berasingan pula, seorang pelajar berusia 17 tahun rugi RM2,000 setelah membeli sebuah telefon bimbit Iphone X yang tidak wujud menerusi sebuah laman web pengiklanan pada Jumaat lalu.

    Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian telah menghubungi nombor yang tertera dan bersetuju bagi membeli barang tersebut dengan memasukkan RM2,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek pada Sabtu lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda