Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ruhainies bukan diboikot tapi kurangkan berlakon, mahu mengembara

    Susulan kes mahkamah atas dakwaan berkhalwat, nama pelakon Ruhainies tidak terlepas daripada menerima banyak kecaman sehingga ada pakatan mahu memboikotnya.

    Sentiasa percaya pada rezeki, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, sebaliknya memberitahu setakat ini karier seninya berjalan seperti biasa dan masih lagi menerima tawaran kerja.

    “Saya baru sahaja selesai kerjasama dengan beberapa jenama. Tak rasa pun diri ini kena boikot. Kalau betul pun ada (boikot), itu di luar bidang kuasa saya. Percaya pada rezeki, kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya. Jika tiada rezeki saya tahun ini, mungkin tahun depan ada lagi,” katanya kepada mStar.

    Bercakap tentang kerjaya lakonan, dia kini mengambil tempoh berehat dan berhasrat untuk lebih banyak meluangkan masa melancong mengelilingi dunia.

    “Banyak juga tawaran berlakon yang masih on hold tetapi buat masa sekarang saya rasa mahu berehat dahulu. Semua tahu ketika ini saya sedang berdepan ujian. Bagaimanapun saya terlibat dalam mempromosikan pelancongan Malaysia. Jadi saya akan pergi ke banyak negara bagi tujuan itu. Sempena ulang tahun kali ini saya mahu melancong ke lebih banyak negara. Rasanya dalam usia begini saya dah tak fikir nak shopping apabila sambut ulang tahun. Lebih baik saya simpan duit untuk mengembara,” ujarnya.

    Dalam masa sama, Ruhainies juga belum terfikir untuk segara mencari teman hidup sekali gus menamatkan zaman bujang meskipun usia semakin meningkat.

    “Soal jodoh kita serah kepada Allah, just go with the flow. Bukan mudah kalau kita bercakap tentang jodoh dan kita tidak boleh nak tergesa-gesa. Namun kalau ada yang sudi saya terbuka untuk terima. Jika lelaki itu adalah jodoh terbaik, mestilah saya akan terbuka hati,” jelasnya. – Agensi

    Ruhainies mahu berehat sekatika dan tidak terima tawaran berlakon. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda