NEW YORK, 2 JUN – Usaha Anthony Joshua untuk menghasilkan sesuatu dalam penampilan pertamanya di Amerika Syarikat (AS) berakhir dengan kekecewaan buat juara dunia heavyweight tiga tali pinggang itu apabila tewas mengejut kepada Andy Ruiz di Madison Square Garden.
Ruiz telah menghasilkan satu kejutan besar, dengan menjatuhkan petinju dari Britain, Joshua, sebanyak empat kali untuk merampas gelaran Persatuan Tinju Dunia (WBA), Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) dan Organisasi Tinju Dunia (WBO).
Ruiz, 29, memasuki pertarungan itu sebagai petinju bukan pilihan tetapi dia telah menang dengan TKO di pertengahan pusingan ketujuh selepas pengadil menghentikan pertarungan pada minit ke 1:26 pusingan itu.
Ruiz, yang sekali tumbang di kanvas, menjatuhkan Joshua dua kali pada pusingan ketiga dan dua kali pada pusingan ketujuh.
“Saya masih tidak mempercayainya. Saya masih mencubit pipi saya untuk memastikan ini benar,” kata Ruiz. – AFP
