Saturday, March 29, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rukyah anak bulan Ramadan pada 22 Mac

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Negara Brunei Darussalam akan merukyah anak bulan Ramadan bagi tahun 1444 Hijrah di seluruh negara pada 22 Mac bersamaan dengan 29 Syaaban.

    Sehubungan itu, hakim-hakim syarie dan pegawai-pegawai mahkamah-mahkamah syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan akan berada di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

    Lokasi yang ditetapkan adalah Menara DST, Bangunan Ibu Pejabat DST; Taman Rekreasi Tanjung Batu, Kampung Sabun; Bukit Agok, Jerudong; Bukit Ambog, Daerah Tutong dan Bukit Lumut, Daerah Belait.

    Dengan itu, sepanjang merukyah anak bulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda