Sunday, June 30, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Rumah agam termahal di California dijual AS$210 juta

    LOS ANGELES, 20 JUN – Tag harga itu mungkin akan membuat awda memandang dua kali. Pengasas pembuat cermin mata Oakley baharu sahaja menjual rumahnya di Malibu dengan harga yang mengagumkan sebanyak AS$210 juta.

    Rumah itu sangat mewah dan harganya sangat tinggi, bahkan mengikut standard hartanah mahal di Malibu. Kini rumah tersebut menjadi rumah termahal yang pernah dijual di California.

    Harga rumah itu melebihi AS$200 juta yang mana Jay-Z dan Beyonce telah membeli sebuah rumah di Malibu tahun lepas dengan harga melebihi harga tersebut.

    Pengasas Oakley, James Jannard, pada tahun 1975, membuat keuntungan yang besar daripada rumah itu, setelah membelinya pada tahun 2012 dengan harga hanya AS$75 juta, lapor Los Angeles Times, yang mengatakan telah melihat rekod jualan hartanah tersebut.

    Identiti pembeli tidak jelas, kata saluran tersebut, dengan kertas kerja menunjukkan ia telah dibeli oleh sebuah syarikat liabiliti terhad berpusat di Delaware.

    Gambar Envato

    Kawasan seluas 1,400 meter persegi itu terletak di atas tanah tebing seluas 9.5 ekar, dengan hamparan lautannya seluas 300 kaki.

    Ia mempunyai lapan bilik tidur, 14 bilik mandi, halaman yang besar, gim dan dua rumah tetamu.

    Malibu, sebuah kawasan pantai di luar Los Angeles, merupakan tempat kegemaran selebriti dan golongan kaya raya.

    Dengan jualan Jannard dan pembelian Jay-Z/Beyonce, bandar itu kini memegang rekod untuk tiga rumah paling mahal di California, selepas kapitalis teroka Marc Andreessen dilaporkan membayar AS$177 juta untuk sebuah estet di sana pada tahun 2021.

    California adalah negeri terkaya dan paling ramai penduduk di AS, dengan jurang besar antara golongan kaya dan miskin.

    Negeri itu mengalami kekurangan perumahan yang ketara yang telah mendorong harga jauh melebihi purata nasional.

    Di enam daerah di selatan, harga rumah purata kini mencecah hampir AS$900,000, lebih daripada lapan kali ganda pendapatan tahunan purata. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...