Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Aliff Syukri jadi sarang pelacuran, penagih dadah

    Usahawan Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut selepas kediamannya yang terletak di Sungai Buloh, Selangor diceroboh seorang wanita dan lima lelaki.

    Menurut mStar, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, kesemua individu tersebut dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dan menagih dadah.

    “Saya sungguh tak sangka apabila rumah saya diceroboh oleh orang tak bertanggungjawab.

    “Rumah saya itu dijadikan sarang pelacuran dan dadah, masya-Allah. Seorang wanita dan lima lelaki buat perkara terkutuk.

    “Saya buntu dan kecewa sangat. Saya tak sihat, badan rasa seram sejuk macam nak demam bila dapat tahu perkara begini terjadi,” katanya.

    Aliff berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya pagi tadi.

    Menurut sumber, wanita yang ditangkap Aliff bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida berasal daripada Kemboja.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta Aliff dan Shahida membuat laporan polis untuk menyelesaikan isu tersebut.

    Malah, mereka pelik apabila wanita yang kelihatan sudah berusia sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut di kediaman Aliff. – Agensi

    Aliff tidak sangka rumahnya menjadi sarang maksiat dan aktiviti menagih dadah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda