Thursday, May 22, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah anak patung daripada kayu terpakai

    Oleh Amri HTZ –

    Menyediakan permainan untuk kanak-kanak bukan sahaja berfungsi untuk menghiburkan mereka, malahan menghidupkan imaginasi yang juga penting bagi perkembangan otak mereka.

    Pelbagai jenis permainan boleh dipilih namun perlu disesuaikan dengan gender mereka. Bukan sahaja boleh didapatkan dengan cara membelinya, sesetengahnya juga boleh direka sendiri dalam memanfaatkan barangan terpakai seperti dalam projek ini.

    DIY kali ini akan membawa awda menelusuri langkah mereka rumah anak patung yang diperbuat daripada kayu.

    Barangan diperlukan:

    Papan
    Engsel pintu
    Kancing pintu magnet
    Varnis
    Wood filler
    Gam kayu
    Mesin pemotong kayu
    Mesin gerudi
    Pita pengukur
    Mesin jig

    UKUR DAN POTONG PAPAN TERSEDIA

    Papan berukuran 2.2 x 15 x 80 sentimeter (cm) akan digunakan pada projek ini. Mula-mula potong kedua-dua sisi papan dengan sudut 30 darjah menggunakan mesin pemotong kayu.

    Enam keping papan diperlukan dengan setiap bahagian cantuman nanti terdiri daripada tiga keping papan. (Gambar 2)

    Gambar 1. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 2. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 3. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 4. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 5. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 6. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 7. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 8. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 9. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 10. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 11. – Gambar oleh Sherwood01384
    Gambar 12. – Gambar oleh Sherwood01384

    Rekaan yang terbahagi kepada dua bahagian ini memerlukan ruangan bertingkat di dalamnya. Oleh itu untuk menempatkan kepingan papan sebagai lantai, groove diperlukan bagi memudahkan langkah mencantumkan bahagian lantai. Reka menggunakan mesin router dengan straight bit berukuran 6 milimeter berkedalaman lebih kurang 1cm.

    Tandakan kedudukan 19.6cm sebagai jarak untuk setiap satu groove. (Gambar 3)

    Untuk bahagian lantai pula, lebihan papan akan dipotong dengan bentuk trapezium dengan setiap sudut mempunyai ukuran 15cm dengan sudut 30 darjah. Lakar bentuk diperlukan sebelum memulakan proses pemotongan bagi mengelakkan kesilapan sekali gus pembaziran. (Gambar 4)

    BENTUK RUANG JENDELA DAN PINTU

    Pada permukaan kayu bahagian depan rekaan, akan ditebuk dengan lubang berbentuk bulat dan gerbang. Langkah ini lebih mudah dilakukan sebelum setiap kepingan kayu dicantumkan menjadi satu. Untuk bahagian jendela, mata gerudi berbentuk bulat digunakan sementara bagi pintu pula bentuk gerbang direka menggunakan mesin jig. (Gambar 5)

    Sebelum mencantumkan setiap bahagian menjadi satu, bahagian hujung kayu (atas) terlebih dahulu akan dibentuk menggunakan mesin jig. Selesai merekanya, sapukan setiap sudut cantuman menggunakan gam kayu termasuk kayu untuk bahagian lantai. Kekalkan kedudukan cantuman secara sementara menggunakan rachet strap dan biarkan gam mengering selama 24 jam. (Gambar 6)

    Dalam membuatkan rekaan nampak lebih detil, bahagian jendela akan ditambah bingkai pada bahagian dalamannya berbentuk ‘+’, sementara pintu pula akan direka sesuai dengan bentuk bingkainya. Langkah ini merupakan pilihan. Engsel pintu mini diperlukan untuk menetapkan kedudukan pintu.

    Awda juga boleh menggantikannya dengan plastik atau besi yang fleksibel untuk membolehkan pintu ditutup buka. (Gambar 7)

    WOOD FILLER SEMBUNYI KEKURANGAN

    Bagi bahagian cantuman yang tidak sempurna, ia boleh ditutup dengan wood filler. Jika tidak memilikinya, wood filler DIY juga boleh digunakan. Caranya, campurkan habuk kayu hasil potongan dengan gam kayu dan sapukan sehingga memenuhi ruangan cantuman yang terdedah. Bersihkan lebihan gam menggunakan kain basah bagi memastikan gam mengering tidak mengotori dan mencacatkan rekaan. (Gambar 8)

    Dalam mencantumkan kedua-dua bahagian rekaan menjadi satu, engsel akan digunakan pada bahagian tengah kedua-duanya.

    Empat engsel akan digunakan bagi memastikan rekaan mudah untuk dibuka dan ditutup selepas digunakan. Namun sebelum itu pastikan bahagian depan rekaan berada pada kedudukan lebih tinggi (3mm) agar ia tidak bergesek pada bahagian bawah rekaan.
    (Gambar 9)

    Sementara itu bagi memastikan rekaan kekal pada kedudukannya, bahagian bawah yang terbuat daripada papan lapis berketebalan ½ inci akan digunakan. Untuk menetapkan struktur rekaan, bahagian belakangnya akan ditetapkan menggunakan skru pada bahagian bawah papan lapis. (Gambar 10)

    Dalam memastikan ketika rekaan tidak melebihi had ketika dibuka sekali gus merosakkan engsel digunakan, penyendal akan ditempatkan pada bahagian atas papan lapis. Lebihan kayu daripada pemotongan sebelumnya boleh digunakan untuk dimanfaatkan. (Gambar 11)

    LINDUNGI PERMUKAAN KAYU

    Untuk langkah terakhir, permukaan kayu akan disapukan dengan varnis untuk melindunginya selain memudahkannya bagi dibersihkan daripada sebarang kekotoran.

    Selain itu varnis sengaja dipilih untuk mengekalkan penampilan asli kayu. Dengan langkah ini, awda kini hanya perlu menyusun anak-anak patung di dalamnya bagi membolehkan anak kecil bermain dengannya. (Gambar 12)

    Tip rekaan

    Bagi memastikan rekaan mempunyai permukaan yang halus dan tidak tajam, kertas pasir akan digosokkan dan bahagian samping kayu pula akan dibulatkan menggunakan mesin router dilengkapi mata round over.

    Campurkan varnis dengan sedikit pencair bagi memudahkan ia disapukan dan menjadikannya cepat kering.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/