Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah bekas peguam negara Venezuela diserbu

    CARACAS, 17 Ogos – Para pegawai perisikan Venezuela semalam menyerbu rumah bekas peguam negara, yang dipecat bulan ini selepas berbalah dengan Presiden Nicolas Maduro sementara penggantinya menggesa penahanan suaminya seorang penggubal undang-undang.

    Empat buah motosikal dan tujuh kereta peronda milik perkhidmatan perisikan SEBIN dilihat berada di luar kediaman bekas peguam negara di Caracas, Luisa Ortega, wartawan AFP memperhatikan.

    “Pada ketika ini SEBIN menggeledah kediaman saya sebagai balas dendam oleh kerajaan ini bagi tentangan saya ke atas totalitarianisme,” tulis Ortega dalam Twitter. Dia tidak berkata di mana dia dan suaminya berada.

    Para perwakilan konstituensi Venezuela berada di rumah bekas peguam negara selepas rumah orang penting Venezuela itu diarahkan diserbu oleh Maduro. – AFP
    Para perwakilan konstituensi Venezuela berada di rumah bekas peguam negara selepas rumah orang penting Venezuela itu diarahkan diserbu oleh Maduro. – AFP

    Ortega dipecat dua minggu lalu ketika akta pertama perhimpunan tertinggi baru yang taat kepada Maduro akan menjejaskan penentang dan berada di sekitar penentang yang mengawal badan perundangan pesaing.

    Awal semalam, penggantinya Tarek William Saab, berkata dia meminta para pegawai untuk memburu suami Ortega, German Ferrer yang berpisah dari Parti Sosialis yang memerintah. Dakwaan tersebut “tidak kena-mengena dengan” kecenderungan politik terhadap Ferrer atau Ortega, kata Saab.

    Dia mendkawa Ferrer adalah sebahagian daripada rangkaian untuk memeras wang dari ahli perniagaan yang dikaitkan kepada sektor minyak penting Venezuela, menjanjikan mereka perlindungan dari pendakwaan atas dakwaan rasuah dalam pertukaran bagi wang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda