Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Rumah bot elektrik 72 panel solar

    SEKALI pandang sudah kelihatan keunikannya. Rumah yang dinamakan rumah bot elektrik ini boleh ditemui di Belanda, satu projek yang direka oleh Goosman Partners Architecten.

    Dibina sekitar tahun 2012, rumah berkeluasan 700 meter persegi ini sangat istimewa dari segi bentuknya, namun juga kerana ketahanannya.

    Melihat dari segi pembinaannya pula, rekaan luar biasa dan gabungan material yang digunakan juga melambangkan keberanian perekanya untuk memikirkan sesuatu hasil rekaan tanpa bimbang akan penilaian atau tanggapan orang lain.

    Dari segi luarannya, bangunan ini memiliki gudang dengan beraneka jenis jentera bagi bot elektrik yang luas dan juga sebuah kolam di hadapannya.

    Bot elektrik memerlukan banyak tenaga elektrik, untuk menjimatkan wang perekanya telah memasang sebanyak 72 panel solar di sudutnya, cukup untuk mengecas bot elektrik 1385 kali.

    Ruang dalamannya, terdapat ruang pameran tertutup tempat bot terapung dalam air dan ruang pejabat.

    Di atasnya, panel berwarna hitam, tempat tarikan di rumah ini menghadap ke selatan dan mewujudkan permukaan yang sesuai untuk memproses sel PV.

    Mengenai bahan pembinaan, mereka menggunakan yang asli, kayu dengan kayu, batu bata dan besi digunakan untuk menampung beban berat bangunan tersebut. Untuk menyerikan lagi sekitar berkenaan dan memberinya rasa lebih hangat, rumah bot itu dihiasi dengan banyak lampu sorot di mana-mana.

    Secara teknikalnya, bukan sahaja panel solar satu-satunya penyelesaian ekologi digunakan, kerana air juga sama disimpan.

    Bangunan itu juga bercirikan sistem penyimpanan air hujan, yang menggunakan air tersebut untuk mencuci bot dan mengepam tandas, sementara sistem pemanasan dan penyejukan dikendalikan melalui pam pemanasan di bawah tanah.

    Sememangnya ia memerlukan masa untuk membiasakan masyarakat dengan pembinaan industri seperti ini, namun rupa bentuknya berlainan itu dapat membantu orang ramai belajar dan mengetahui tentang trend moden dalam bidang seni arkitektur.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini