Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah bot jadi pilihan

    KEHIDUPAN di atas air boleh menjadi lebih mudah jika konsep kapal layar ini dilancarkan.

    Rancangan untuk membangunkan sebuah bot mewah 50 kaki yang merangkumi tempat letak kereta akuatik untuk pesawat telah diperkenalkan oleh para jurutera.

    Digelar sebagai rumah hidro, ia bernilai 150,000 pound (AS$ 210,000), boleh berfungsi sebagai dermaga untuk bot dan kapal layar, mempunyai dua enjin elektrik yang dikuasai oleh sebuah panel solar besar yang diletakan di atas bumbungnya.

    Direka oleh arkitek tentera laut Rusia, Maxim Zhivov, pelanggan boleh menggunakan kemudahan itu sebagai kediaman tetap atau sebagai tempat penginapan semasa percutian.

    Zhivov, yang bekerjasama dengan pakar di Rusia, Baikal Yacht Group untuk projek itu, memberitahu MailOnline, pasukannya sedang mencari pelabur untuk membuat reka bentuk itu menjadi kenyataan.

    Reka bentuk kapal layar tersebut menggabungkan tempat penginapan, dermaga untuk bot, garaj dan tempat letak kenderaan untuk pesawat laut.
    Rumah hidro itu memiliki dapur, ruang tamu (gambar), bilik tidur utama, dua bilik tidur tamu, bilik mandi dan garaj ‘akuatik’ sendiri yang boleh memuatkan bot kecil atau kapal laut. Kapal layar tersebut bernilai 150,000 pound (AS$ 210,000).

    Rumah hidro tersebut memiliki kemudahan seperti dapur, ruang tamu, bilik tidur utama, dua bilik tidur tamu, bilik mandi dan ‘garaj air’ sendiri yang boleh memuatkan sebuah bot kecil atau pesawat laut.

    Lantai kedua daripada kemudahan tersebut pula mempunyai ruang penyimpanan bagi peralatan serta ruang untuk berjemur di dek atas.

    Dengan sepanjang 700 kaki persegi, panel suria telah dipasang pada dek bahagian atas, menjadikannya sebahagian daripada wawasan Zhivov untuk membangunkan konsep rumah mesra alam.

    Kapal layar membakar banyak bahan api dan pereka mencari cara untuk menjadikannya lebih mesra alam dan kos efisien, sering beralih kepada sumber tenaga boleh diperbaharui dan sistem hibrid.

    Seluruh kenderaan boleh diangkut dengan trak, yang bermaksud ia menawarkan gaya hidup yang boleh diubahsuai untuk para juruterbang dan peminat air.

    Bercakap kepada MailOnline, Zhivov berkata: “Idea projek ini muncul selepas saya membaca beberapa forum juruterbang pesawat hidro.

    “Saya mendapati bahawa tidak ada jenis tempat letak kereta mudah alih untuk pesawat.

    “Jadi saya mendapat idea untuk menggabungkan rumah bot, dermaga untuk bot, garaj dan tempat letak kenderaan untuk pesawat hidro.”

    Arkitek tentera laut telah merancang untuk membangunkan perumahan mesra alam sebelum ini, termasuk kapal layar yang dijuluki dengan gelaran ‘You Yacht Your Home’, pelan yang diumumkan pada tahun 2016.

    Kapal ini mempunyai lapisan luar panel solar yang memerangkap tenaga matahari bagi mengerakan kapal tersebut. Manakala konsep pintu terbuka pula menyerupai bahagian belakang sebuah rumah, dengan tingkap dari lantai ke siling, balkoni kecil dari bilik tidur, tampalan rumput kecil dan ruang istirahat.

    Sambungan seperti dok pula menyediakan ruang bagi para tetamu untuk beristirahat.

    Kapal layar itu juga mempunyai penutup yang boleh dipanjangkan untuk memberi naungan atau melindungi daripada hujan dan mempunyai dek matahari yang boleh ditarik balik dengan dilengkapi oleh sebuah ruang dengan kerusi santai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda