Thursday, December 5, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah ceria berkonsepkan hiasan eklektik

    KUALA LUMPUR – Dengan warna terang dipadankan dengan kayu warna garang, anyaman rotan dan tumbuhan dalaman, rumah Norhazrina Abdul Hamid mempunyai suasana moden dengan sentuhan eklektik.

    Rumah teres dua tingkat dengan empat bilik tidur di Sepang, Selangor adalah ruang yang menyenangkan yang memenuhi keperluan keluarganya.

    Seorang eksekutif kanan dalam komunikasi pemasaran, rumah Norhazrina (@rumahuntukrose) baru-baru ini dipaparkan dalam #ighometourmalaysia di bawah tema #ightmtablescape.

    #ighometourmalaysia ialah kumpulan kunjungan rumah tempatan di Instagram yang dihoskan oleh sekumpulan peminat hiasan rumah dengan tujuan memberi inspirasi antara satu sama lain serta berkongsi idea tentang reka bentuk dan hiasan rumah.

    Berikut adalah beberapa soalan yang ditanyakan oleh wartawan The Star kepada Norhazrina tentang gaya dan pilihan dekorasinya.

    Bilik tamu rumah Norhazrina mempunyai suasana moden. – Gambar oleh ANN/The Star
    Norhazrina mencipta dinding galeri di rumahnya untuk mempamerkan kerja seni, gambar dan hiasan lain kegemarannya. – Gambar oleh ANN/The Star
    Menambah tumbuhan dalam rumah mewujudkan suasana menenangkan. – Gambar oleh ANN/The Star
    Rak anyaman rotan hitam memberikan kontras warna berbanding hiasan di atas rak. – Gambar oleh ANN/The Star
    Norhazrina suka bereksperimen dengan warna untuk mengekalkan ruang dalam rumahnya menarik. – Gambar oleh ANN/The Star
    Hiasan meja dalam warna terang. – Gambar oleh ANN/The Star
    Bar kopi mini untuk membuat kopi. – Gambar oleh ANN/The Star

    S: Apakah tema utama hiasan rumah awda?

    Eklektik moden.

    S: Bolehkah awda berkongsi tentang #gallerywall di rumah awda dan bagaimana awda melakukannya?

    Ya! Mencipta dinding galeri adalah cara terbaik untuk mempamerkan karya seni kegemaran saya, gambar dan barangan hiasan lain. Memandangkan saya suka reka bentuk moden dan eklektik, saya telah mencipta ruang yang bersesuaian dengan minat saya. Saya mendapat inspirasi daripada filem Perancis di mana ia menggabungkan semua warna yang berwarna-warni, berani dan bersemangat, corak pada reka bentuk hiasan di rumah atau apartmen mereka. Saya juga telah membeli ilustrasi daripada artis tempatan seperti Project Mirro dan Bunga dan Bintang serta meletakkannya di dinding saya untuk menyokong artis tempatan.

    S: Yang manakah bahagian rumah kegemaran awda dan mengapa? Bolehkah awda berkongsi beberapa butiran reka bentuk bahagian rumah itu?

    Bahagian rumah yang paling saya suka pastinya bilik peribadi saya yang saya tidak berkongsi dengan keluarga saya (ketawa). Ia adalah kabinet bilik mandi dan tempat saya bersolek selain ruang pejabat saya. Memandangkan saya amat menyukai hiasan artistik dan eklektik dengan tumbuh-tumbuhan, saya telah mencipta kawasan di mana saya boleh melakukan kerja, solekan, penggambaran foto/kandungan video. Tambahan pula, pencahayaan di sana juga bagus.

    S: Apakah falsafah atau prinsip awda semasa mencipta hiasan rumah awda?

    Adalah penting untuk mencipta ruang yang membawakan awda perasaan gembira, keselesaan serta mencerminkan personaliti dan gaya hidup awda yang unik.

    S: Apakah tiga petua yang boleh awda kongsikan dengan pembaca mengenai perkara ini?

    1. Jangan sesekali mengikut orang lain.

    2. Awda boleh mendapatkan inspirasi daripada orang lain tetapi jadikannya sebagai sesuatu yang peribadi mengikut gaya awda. Awda yang akan tinggal di sana, jadi lakukannya untuk menyenangkan hati dan memuaskan cita rasa awda sendiri.

    3. Jangan bazirkan wang untuk barangan yang tidak diperlukan. Sebaliknya, kitar semula barangan hiasan awda.

    S: Awda mempunyai banyak perabot atau hiasan kayu, rotan dan anyaman rotan, selain tumbuhan dalam rumah. Bolehkah awda berkongsi lebih lanjut tentang sebab awda menyukainya dan betapa pentingnya hiasan tersebut kepada rumah dan kesejahteraan?

    Apa yang penting dalam hiasan rumah, awda tidak boleh tersilap dengan apa-apa. Saya suka bereksperimen dengan beberapa gaya tetapi penting untuk tidak melampaui batas.

    Hiasan rotan, kayu dan anyaman rotan boleh digabungkan dengan baik dan saya menambah tumbuhan dalam rumah untuk menambah warna serta menceriakan suasana.

    Saya suka bereksperimen dengan warna terutamanya supaya rumah tidak kelihatan membosankan.

    S: Jika ada satu perkara yang boleh awda lakukan untuk meningkatkan lagi rumah awda, apakah yang akan awda lakukan?

    Ya, saya ingin mencipta sentuhan yang lebih bersifat peribadi dengan mempunyai barangan seperti kabinet melengkung dan cermin untuk menjadikan rumah ini lebih menarik dari segi estetika. –ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda