Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah diceroboh lagi, Leeteuk beri amaran tegas

    Anggota kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminat yang cuba mengganggu kehidupan peribadinya.

    Menurut laporan mStar, Leeteuk juga akan mendedahkan maklumat peminat atau dikenali sebagai ‘sasaeng’ kepada umum sebagai pengajaran.

    “Sekiranya perkara sama berlaku lagi saya akan dedahkan maklumat peribadi individu itu dan buat laporan polis,” katanya.

    Leeteuk memberi amaran itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

    Lebih membimbangkan lagi, kejadian peminat menceroboh ke kawasan perumahannya sudah berulang sebanyak dua kali.

    Malah dia berasa pelik bagaimana mereka boleh masuk ke kawasan tersebut yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

    Leeteuk juga kesal perkara sama masih berlaku sedangkan sudah ramai rakan artis menyuarakan kebimbangan sama.

    “Ceroboh rumah tanpa izin. Saya terkejut masih ada peminat yang tidak waras sekarang.
    “Ini sudah dua kali berlaku,” jelasnya. – Agensi

    Leeteuk berang apabila ada peminat berani bertindak ekstrem. – Kompas
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda