Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Rumah dijadikan pusat pemindahan sementara

    PAITAN, 15 JAN – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rancangan Cocos di sini mengambil inisiatif untuk menjadikan rumahnya sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) setiap kali kampung itu dilanda bencana banjir.

    Malah Dalitta Dally, 47, berkata rumahnya itu sudah biasa menjadi tempat berteduh saudara-maranya yang terjejas dengan bencana itu memandangkan kediamannya bukan sahaja luas, tetapi juga dibina di kawasan tinggi.

    “Sebelum saya menjadi Pengerusi JPKK, saya dan bapa mengambil inisiatif meminta saudara-mara yang rumah mereka terjejas banjir agar berpindah ke rumah kami,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

    Paitan merupakan sebuah daerah kecil di dalam daerah Beluran yang terletak di pedalaman negeri ini, kira-kira 240 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

    Dalitta berkata setakat ini, sebanyak 26 keluarga berlindung sementara di rumahnya yang boleh menampung hingga 40 keluarga, sejak banjir melanda kampung itu
    semalam.

    Beliau berkata aspek kebajikan setiap mangsa termasuk warga emas yang dipindahkan ke rumahnya turut diambil kira dengan berusaha menyediakan tilam agar lebih selesa.

    Sementara itu, seorang mangsa banjir warga emas Taip Mahid, 78, yang hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, menjadikan kenderaan pacuan empat rodanya sebagai tempat tidur dan memberikan kepada orang yang lebih memerlukan berlindung di rumah Pengerusi JPKK itu. – Bernama

    Anggota Bomba dan Penyelamat membantu warga emas Dockery Raymond (tengah) dan isterinya Puan Rahilah (dua, kanan) meredah banjir untuk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara selepas rumah mereka terputus hubungan akibat banjir di Kampung Rancangan Cocos kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...