Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah dijilat api

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat telah berjaya memadamkan kebakaran rumah di Jalan Ong Sum Ping pada malam 22 Julai
    lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 14 orang anggota dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh Pegawai Balai Abdul Majid bin Haji Abdul Wahab daripada Pasukan C serta bantuan jentera dari Balai Bomba Beribi telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 8:50 malam.

    Menurut kenyataan itu lagi, api besar telah membakar rumah yang diperbuat daripada konkrit berkenaan dan anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran hos dengan sumber air melalui jentera bomba dan pili bomba serta api berjaya dikawal dalam masa lima minit.

    Kenyataan menyatakan bahawa dalam kejadian berkenaan, tidak ada korban jiwa dilaporkan serta punca dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.

    JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api ringkas jenis debu kering 4 kilogram dan selimut api serta memastikan pemasangan pendawaian dan peralatan elektrik dalam kediaman dilaksanakan oleh pekerja yang bertauliah.

    Di samping itu, memastikan untuk mematikan mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah serta tidak meninggalkan masakan atau memakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk semasa mereka hendak memasak.

    Tindakan cekap anggota bomba dan penyelamat telah berjaya memadamkan kebakaran rumah di Jalan Ong Sum Ping pada malam 22 Julai lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda