Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Grealish dirompak

    LONDON, 29 DIS – Rumah pemain sayap Manchester City, Jack Grealish telah dirompak ketika bintang England itu bermain dalam perlawanan Liga Perdana kelabnya di Everton pada Rabu lalu.

    Rumah agam Grealish di Cheshire di barat laut England menjadi sasaran perompak ketika dia beraksi untuk juara Liga Perdana itu semasa kemenangan 3-1 di Merseyside.

    Ahli keluarga Grealish dan tunangnya, Sasha Atwood sedang menonton perlawanan yang disiarkan di rumah itu apabila mereka terdengar bunyi gangguan, menurut laporan hari ini.

    Penggera telah dibunyikan dan tindak balas kecemasan dilancarkan dengan helikopter, anjing polis dan beberapa pegawai dihantar ke tempat itu, bagaimanapun tiada suspek telah dikesan.

    Perompak itu dilaporkan melarikan barang kemas dan jam tangan bernilai AS$1.2 juta.

    Grealish, 28, dimaklumkan mengenai serbuan itu selepas perlawanan City selesai.

    Jurucakap Cheshire, Constabulary berkata, “Sekitar jam 9:50 malam pada Rabu, 27 Disember, polis telah dipanggil berikutan laporan kejadian pecah rumah.

    “Pemanggil melaporkan beberapa barang telah dicuri,” ujarnya. – AFP

    Aksi Grealish (tengah) semasa perlawanan separuh akhir Piala Kelab Dunia FIFA di Jeddah pada 19 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda