Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Halle Berry diceroboh

    Ronald Eugene Griffin telah ditahan selepas didakwa mencuba untuk memasuki rumah pelakon filem John Wick: Chapter three – Parabellum, Halle Berry. Dia juga telah berjaya menukar salah satu kunci rumah selepas dia menuntut dia adalah pemilik baharu rumah berkenaan.

    Menurut TMZ, lelaki berumur 59 tahun itu dilihat berada di luar kediaman Halle Berry pada bulan Januari lalu, di mana dia telah didakwa mencuba membuka kunci-kunci tersebut yang sekali gus mencetuskan rasa sangsi kepada seorang pekebun.

    Pada Mac lalu, Ronald telah kembali semula ke rumah tersebut dan polis telah menerima panggilan mengenai pencerobohan dari pekerja-pekerja estet yang mendakwa lelaki itu telah datang dengan pembuka kunci dan mengaku dia adalah pemilik baharu di rumah tersebut dan membawa surat yang berkaitan dengan penyerahan untuk membuktikannya.

    Ronald didakwa berjaya menukar salah satu kunci rumah itu dan dipercayai dia telah memanggil polis dan berhadapan dengan pekerja Halle yang kemudiannya menyatakan dia merupakan pemilik rumah ini dan menuduh pekerja-pekerja tersebut menceroboh.

    Penguatkuasa undang-undang memberitahu TMZ, Ronald menegakkan haknya bahawa dia adalah pemilik rumah itu ketika polis sampai di tempat kejadian tersebut. Tetapi detektif LAPD memastikan bahawa terdapat penipuan dalam penukaran nama rumah berkenaan.

    Sekarang lelaki itu telah ditangkap dan didakwa kerana didapati mengemukakan surat hak milik penyerahan yang tidak sah, ditambah dengan dakwaan mencuri.

    Halle, 52 tahun menyatakan ini bukan pertama kali dia menghadapi isu seperti ini. Pada kejadian 2011 juga dia mendakwa, dia telah terjumpa seorang lelaki menatapnya melalui cermin di pintu dapurnya.

    Dia telah memberitahu polis ketika itu, “ketika saya membuka pintu cermin dapur dan menutupnya, saya terasa ada seseorang di belakang saya, saya menoleh dan terlihat penceroboh berdiri hampir di belakang saya, melihat saya melalui pintu kaca dapur.” – Agensi

    Halle Berry menyatakan pernah mengalami isu pencerobohan ini pada tahun 2011. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda