Oleh Lyna Mohamad
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Rumah Jong Batu muncul juara dalam Kejohanan Rentas Desa Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) antara Rumah-rumah kali ke-32 selepas berjaya mengumpul 20 pingat dan mengutip sejumlah 121 mata.
Dalam kategori pelajar, Michael Angelo Abad daripada Rumah Berambang dan Dayang Nurirdina binti Awang Hamdan daripada Rumah Pulau Chermin muncul juara dalam Kategori B. Sementara itu, Awangku Wafiuddin bin Pengiran Haji Tengah daripada Rumah Jong Batu dan Nur Fatin Syahirah binti Haji Yusdi daripada Rumah Berambang muncul juara dalam Kategori C.
Pada kejohanan itu turut mempertandingkan kategori guru-guru yang menyaksikan Lawrence Lee daripada Rumah Berambang dan Katherine Ewell daripada Rumah Jong Batu menjuarai kategori guru-guru dan pingat juga diberikan kepada 10 teratas dalam setiap kategori.
Acara tahunan yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu turut menyaksikan acara larian yang disertai oleh para pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah berkenaan di mana peserta lelaki berlari sejauh 6km sementara peserta wanita berlari 3.5km.
