Monday, July 14, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah kedai di Tutong terbakar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Sebuah rumah kedai yang menempatkan sebuah restoran dan kedai runcit musnah dalam kejadian kebakaran rumah kedai di Telisai, Tutong, kelmarin.

    Menurut maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, menyatakan bahawa panggilan mengenai dengan kejadian berkenaan diterima pada pukul 9 malam dan seramai 16 anggota Bomba dan Penyelamat dengan 4 buah jentera daripada Balai Bomba Bukit Beruang, Balai Bomba Sungai Liang dan Balai Bomba Tutong telah dikerahkan ke tempat kejadian.

    Anggota Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian pada pukul 9.11 malam dan bertindak untuk memadam kebakaran berkenaan. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

    Semua di atas: Antara suasana semasa tindakan memadam kebakaran berkenaan.- GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JBP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda