Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Sebuah rumah yang kosong sejak Mac 2016 ranap dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku malam tadi.
Pada pukul 11:29 malam, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran rumah berdekatan Simpang 524, Jalan Kebangsaan Lama, Kampung Orang Kaya Besar Imas.
Pihak bomba seterusnya mengerahkan anggota dari cawangan Berakas dan UOW melibatkan 16 orang anggota dan buah buah jentera iaitu WRL/11, CC/19 dan WRT/6 dengan diketuai oleh SO Jasni.
Sejurus tiba di tempat kejadian, api telah membakar seluruh rumah berkenaan yang diperbuat keseluruhannya daripada kayu dan beratapkan spandex berkenaan dan kebakaran berjaya dikawal dalam masa lima minit.
Tidak ada korban jiwa dilaporkan semasa kejadian berkenaan manakala itu, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.