APABILA mendengar perkataan ‘styrofoam’, kebanyakan orang akan berfikir tentang bahan pembungkus makanan atau bahan pembungkusan, namun bagi sebuah pembina rumah model Jepun, ia dijadikan sebagai bahan binaan masa depan.
Rumah kubah styrofoam ini semakin popular dan ia kalis-gempa, sangat murah dan cepat untuk dibina serta mempunyai sifat penebat haba yang sangat tinnggi. Pasti anda akan menyukainya bukan?
Japan Dome House telah menjual rumah Styrofoam di Jepun selama 15 tahun yang lalu, tetapi tahun lepas, permintaan terhadap perumahan ini melonjak naik. Pada bulan April 2016, wilayah Kumamoto di Jepun telah dilanda gempa bumi berukuran 7.0 magnitud, yang membunuh 49 jiwa dan mencederakan 3,000 lainnya. Lebih 44,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka, setelah ianya runtuh atau terbakar, dengan ribuan daripada mereka masih tinggal di rumah sementara.
Kerosakan struktur dan bangunan konvensional telah dilaporkan di Kumamoto dan wilayah berdekatan Oita, tetapi sebuah kompleks perumahan yang terdiri daripada 480 buah yang diletakkan secara berdekatan iaitu Kyushu’s Village Zone (rumah berbentuk kubah yang dibina oleh Japan Dome House) tidak mengalami sebarang kerosakan.
Syarikat Jepun itu telah memberi penerangan mengenai rumah styrofoam yang ringan itu apabila ianya dilanda gempa bumi, selama lebih dari satu dekad, tetapi bencana tahun lepas di Kumamoto akhirnya menyakinkan para penduduk yang ianyanya bukanlah sekadar satu pemasaran.


Potongan styrofoam yang sangat ringan itu akan dicantumkan bersama untuk mewujudkan sebuah rumah kubah yang beratnya hanya 80 kilogram. Dengan gabungan reka bentuk dan tiang pengukuhnya yang sedikit telah menjadikannya lebih kuat dan kukuh dalam menghadapi gempa bumi yang kuat.
Penting untuk diambil perhatian bahawa Japan Dome House tidak menggunakan styrofoam biasa. Dengan menggunakan teknologi proprietari, ia telah membangunkan satu bahan generasi baru yang lebih kuat daripada apa yang digunakan untuk bekas makanan atau bahan pembungkusan. Menurut RealEstate.co.jp, “Manik-manik dalam polistirena konvensional telah dikembangkan kira-kira 50 peratus hingga 60 peratus dari saiz asal stirena monomer, menyebabkan penyerapan sejumlah besar oksigen.


Japan Dome House telah membangunkan satu kaedah yang hanya mengembangkan stirena monomer pada kira-kira 20 peratus dan mengurangkan penyerapan oksigen. Ini menjadikan bahan tersebut lebih kuat daripada busa konvensional sambil mengekalkan kualiti penebatnya.”
Sebuah rumah kubah boleh dibina hanya dalam satu minggu oleh sekumpulan tiga orang, menggunakan kepingan modular, dan harga antara 7 juta yen dan 8 juta yen (AS$68,700 dan AS$78,500) bagi sebuah rumah dengan ruang lantai kira-kira 387 kaki persegi dan ketinggian siling 9.8 kaki. Oleh kerana styrofoam tidak reput atau berkarat dan tidak berisiko terhadap serangan anai-anai, rumah-ruamh kubah ini dianggap sangat tahan lama.
Satu lagi kelebihan rumah kubah styrofoam ini adalah ia mudah direka bentuk, membolehkan pemilik untuk meletakkan sentuhan unik mereka sendiri. Ia boleh digunakan sebagai kediaman tetap, rumah tumpangan bahkan hotel-hotel kecil.
Oleh kerana ianya mudah dan murah untuk dibina, ia juga boleh digunakan sebagai perumahan sementara apabila berada dalam bencana.
Japan Dome House menyatakan bahawa ia telah menjual sekitar 100 buah rumah styrofoam setahun, di seluruh Jepun.