Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Lionel Richie dimasuki perompak

    Rumah agam milik penyanyi, Lionel Richie terletak di kawasan elit, Beverly Hills dimasuki perompak baru-baru ini.

    Kediaman diceroboh ketika dia sedang tidur, namun nasib baik sistem penggera yang dipasang menyelamatkan penyanyi itu dan keluarganya daripada dirompak.

    Menurut Kosmo, dalam insiden baru-baru ini, polis yang tiba di rumah agam penghibur terbabit di Beverly Hills, Los Angeles berjaya menahan seorang lelaki.

    Individu itu didakwa berada berhampiran rumah Richie dalam keadaan mencurigakan, namun pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut. Menurut pihak berkuasa, perompak terbabit belum sempat mencuri barangan berharga apabila terus melarikan diri sebaik penggera berbunyi.

    Biarpun keluarganya selamat, penyanyi 76 tahun itu tetap diselubungi ketakutan memandangkan kebelakangan ini banyak kes pecah masuk kediaman selebriti Hollywood.

    Pada akhir Jun lalu kediaman aktor Brad Pitt di Los Angeles turut dilaporkan dimasuki pencuri tetapi ketika itu dia berada di luar kawasan. – Agensi

    Rumah mewah milik Lionel di kawasan elit, Beverly Hills telah dimasuki perompak baru-baru ini. – Kosmo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda