Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah moto helikopter AS$2.5 juta

    ANDA tidak perlu bimbang tentang kesesakan lalu lintas dengan terciptanya sebuah rumah moto helikopter yang menakjubkan dengan harga AS$2.5 juta.

    Rumah tersebut dilengkapi dan didatangkan dengan sebuah helikopter yang dimiliki pada rumah tersebut.

    Jika ada satu van yang dijamin untuk menarik perhatian semua orang lain di tapak perkhemahan musim panas ini – ia adalah Elysium.

    RV, yang memiliki bentuk 45 kaki panjang dan lapan kaki lebar, adalah rumah pada roda yang mungkin lebih hebat daripada rumah anda … dan lebih mahal dengan harga AS$2.5 juta (2 juta pound).

    Rumah motor tersebut boleh digunakan bagi percutian bulan madu, di mana ia turut dilengkapi dengan tab mandi panas atas bumbung sendiri dan sebuah helikopter yang memiliki dua tempat duduk.

    RV memiliki lapan kaki lebar dengan bentuk 45 kaki panjang.
    RV memiliki lapan kaki lebar dengan bentuk 45 kaki panjang.
    Kawasan bumbung yang lebih sesuai jika mengadakan lawatan dan dilengkapi dengan sebuah kolam.
    Kawasan bumbung yang lebih sesuai jika mengadakan lawatan dan dilengkapi dengan sebuah kolam.
    RV ini didatangkan dengan helikopter R22 yang memiliki dua tempat duduk.
    RV ini didatangkan dengan helikopter R22 yang memiliki dua tempat duduk.
    Kesemua operasi RV itu dilakukan pada sentuhan butang.
    Kesemua operasi RV itu dilakukan pada sentuhan butang.

    Ia juga turut dilengkapi dengan sebuah dapur dengan kelengkapan moden dengan ruangan hanya beberapa kaki, dengan dapur induksi, ketuhar pemanas, mesin basuh pinggan mangkuk, peti sejuk dan lain-lain lagi.

    Untuk tujuan hiburan semasa keadaan di luar tidak mengizinkan, rumah tersebut menawarkan hiburan dalaman dengan terdapatnya tiga skrin TV 75 inci besar yang boleh menahan kedua-dua getaran yang kuat dan cuaca buruk, satu sistem hiburan yang menakjubkan.

    Bukan itu sahaja, rumah tersebut juga memiliki sebuah bilik air, di mana di dalamnya dilengkapi dengan pancuran air dengan teknologi terkini yang anda boleh gunakan mengikut kesesuaian dan keselesaan penggunanya.

    Bahagian dalaman RV yang menakjubkan dan lebih baik daripada pangsapuri.
    Bahagian dalaman RV yang menakjubkan dan lebih baik daripada pangsapuri.

     Imej ini menunjukkan pandangan melalui kawasan pedalaman ke arah tempat duduk pemandu. Di sebelah kanan adalah sinki dan sofa, di sebelah kiri TV yang besar, peti sejuk dan ketuhar.
    Imej ini menunjukkan pandangan melalui kawasan pedalaman ke arah tempat duduk pemandu. Di sebelah kanan adalah sinki dan sofa, di sebelah kiri TV yang besar, peti sejuk dan ketuhar.

    Di kawasan yang lebih panas, atas bumbung adalah begitu sesuai dan sempurna untuk menghiburkan dengan kawasan kayu dihiasi tempat duduk, tab panas yang besar dengan sistem audio gred marin dan tempat pendaratan helikopter.

    Sudah tentu, tiada helipad yang lengkap tanpa helikopter sendiri, jadi RV ini didatangkan dengan helikopter R22 yang memuatkan dua orang – sesuai digunakan ketika mengadakan lawatan daripada kawasan tempatan, atau mengelakkan kesesakan lalu lintas yang memenatkan.

    Malangnya, motor ini sebenarnya bukan untuk dijual – ia adalah ilham Furrion, sebuah konglomerat teknologi global Amerika yang membangunkan produk teknologi untuk pasaran mewah. Mereka mengimpikan van tersebut untuk mempamerkan produk baru bahagian mereka kepada pelanggan dan bukan untuk dijual.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda