Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Panjang Teraja rai Ngiling Bidai

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 30 JUN – Rumah Panjang Teraja meriah dengan sambutan Ngiling Bidai sempena Hari Gawai yang dianjurkan oleh Biro Wanita dan jawatankuasa penduduk pada malam 28 Jun lalu, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan serta kelestarian adat tradisi masyarakat setempat.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus merasmikan majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan AE Enterprise, Chai Yum Fatt. Acara juga menyaksikan penyampaian sumbangan daripada tetamu kehormat bagi pihak AE Enterprise kepada 12 penerima, terdiri daripada warga emas, anak yatim dan individu berkeperluan khas yang menetap di kawasan sekitar.

    Jawatankuasa penganjur berharap bahawa penganjuran sambutan itu dapat meningkatkan penghargaan dan pemahaman para hadirin terhadap budaya dan warisan yang terkandung dalam perayaan tradisional tersebut.

    Tetamu kehormat ketika mengulung tikar bersama penduduk rumah panjang. – GAMBAR SERAHAN KIM SIM@ACAI
    Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – GAMBAR SERAHAN KIM SIM@ACAI
    GAMBAR SERAHAN KIM SIM@ACAI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda