Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah pasang siap untuk pelarian

    YANGON, 7 Jan – China semalam menyerahkan kepada pihak berkuasa Myanmar kira-kira 100 buah rumah pasang siap bagi pelarian Myanmar di barat negeri Rakhine di Pelabuhan Industri Myanmar.

    Berucap semasa majlis penyerahan, Duta Besar China Hong Liang berjanji China akan meneruskan saluran bantuan kepada pelarian akibat konflik di rantau itu.

    China juga bersedia untuk membantu bagi membangunkan Zon Ekonomi Khas Kyaukphyu untuk meningkatkan ekonomi di rantau berkenaan, katanya.

    Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA) telah melancarkan serangan dengan menyasarkan pos-pos polis di Rakhine pada 25 Ogos, memaksa penduduk berpindah di kawasan Maungtaw.

    Gambar menunjukkan kontena yang mengandungi rumah pasang siap di Pelabuhan Industri Myanmar, semalam. China telah menyerahkan kira-kira 100 buah rumah pasang siap kepada pihak berkuasa Myanmar bagi pelarian di barat negeri Rakhine, Myanmar di Pelabuhan Industri Myanmar. – Xinhua

    Menteri Kesatuan untuk Pembinaan U Win Khaing menzahirkan ucapan terima kasihnya terhadap China kerana menyalurkan bantuan bagi rakyat Myanmar.

    Setiap rumah pasang siap boleh menampung seramai lapan orang dan boleh digunakan untuk sekurang-kurangnya selama 20 tahun.

    Rumah-rumah itu dapat bertahan dengan gempa berkekuatan 8.0 magnitud. China turut mendermakan kira-kira 132 buah rumah pasang siap bagi mangsa banjir di negara itu pada Februari 2016. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda