KENINGAU, 4 DIS – Sederet rumah pekerja serta lima lagi rumah tidak kekal milik sebuah syarikat pengeluar papan musnah dalam satu kebakaran di Kampung Patikang Ulu, dekat sini hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata sebuah jentera bersama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu