Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Rumah Pemancha muncul juara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Rumah Pemancha menjadi johan selepas memenangi 14 pingat dalam Acara Kejohanan Sukan Tahunan Pasukan Kadet Polis Senegara 2022 anjuran Pasukan Polis Kadet (PKP), kelmarin.

    Acara yang diadakan di Stadium Hassanal Bolkiah Polis Gadong ini telah disertai oleh 24 orang guru kadet dan 165 orang kadet polis daripada pelbagai sekolah, institusi serta maktab di seluruh negara.

    Acara ini dipimpin oleh Pemangku Pegawai Menguasa Pasukan Kadet Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Ketua Inspektor Polis (C.Insp) Ibrahim bin Haji Saili dan dipengerusikan oleh Penguasa Kanan Polis (Snr. Supt) Haji Mohd Noor bin Haji Abdul Rahman, Komandan Pusat Latihan Polis Gadong serta dihadiri oleh wakil-wakil daripada UNISSA, KUPU SB, IBTE, pengetua-pengetua sekolah menengah dan Mahad Islam Brunei.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin; Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali; dan Pemangku Pengarah JPKK Kementerian Kesihatan, Mohd Norilham bin Haji Jais.

    Ahli Rumah Pemancha bergambar ramai bersama trofi dan pingat yang dimenangi mereka.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...