Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Pemuras menang kejohanan badminton

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 25 NOV – Kejohanan Badminton Berpasukan antara Rumah-Rumah Sukan Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah berlangsung baru-baru ini bertempat di Dewan Sekolah Chung Hwa, Kiudang.

    Tiga kategori telah dipertandingkan pada kejohanan tersebut iaitu kategori beregu lelaki, beregu perempuan dan beregu campuran yang melibatkan pemain-pemain dari rumah Kampilan, Pemuras, Kalasak dan Patarana yang terdiri daripada guru-guru SMTM, para ibu bapa serta penjaga pelajar-pelajar.

    Secara keseluruhannya, Rumah Pemuras telah diumumkan sebagai pemenang bagi kejohanan tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Pengerusi PIBG SMTM, Tan Kuan Moi.

    Gambar ramai semasa kejohanan tersebut. – Gambar serahan PIBG SMTM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda