Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Putih rancang tindakan terhadap Myanmar

    WASHINGTON, 1 MAC – Amerika Syarikat (AS) sedang merancang mahu mengenakan sekatan baharu terhadap Myanmar berhubung keganasan baru-baru ini susulan tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa di negara ini, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan.

    “Kami sedang mempersiapkan tindakan tambahan kepada mereka yang bertanggungjawab dalam keganasan dan rampasan kuasa baru-baru ini,” kata Sullivan dalam satu kenyataan semalam.

    Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di Myanmar pada Ahad, menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Setiausaha Negara AS Antony Blinken mengecam kekerasan yang dilaporkan terhadap penunjuk perasaan di Myanmar.

    “Kami mengecam kekerasan yang dilakukan pasukan keselamatan Myanmar terhadap rakyatnya dan menyeru semua megara bersama-sama menyokong perjuangan rakyat Myanmar,” tulis Blinken di Twitter.

    Rakyat melancarkan tunjuk perasaan membantah kudeta tentera di beberapa bandar di Myanmar pada hujung minggu lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda