WASHINGTON, 18 MAC – Rumah Putih kelmarin menolak permintaan ahli politik Perancis untuk mengembalikan Patung Liberty ke Perancis, lapor Xinhua.
“Sudah pasti tidak,” kata Setiausaha akhbar White House, Karoline Leavitt, memberitahu taklimat media yang disiarkan di televisyen, sebagai tindak balas kepada permintaan ahli Parlimen Eropah Perancis, Raphael Glucksmann.
“Nasihat saya kepada ahli politik Perancis yang tidak dinamakan itu adalah untuk mengingatkan mereka bahawa atas bantuan Amerika Syarikat (AS), Perancis tidak bercakap Jerman sekarang,” kata Leavitt, seolah-olah merujuk kepada pakatan Amerika-Perancis semasa Perang Dunia Kedua menentang Nazi Jerman.
Glucksmann Ahad lalu berkata beliau tidak fikir bahawa AS mewakili nilai-nilai Patung Liberty lagi dan menyeru agar ia dikembalikan ke Perancis. – Bernama
