Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Putih umum ujian COVID percuma

    WASHINGTON, 15 DIS – Pentadbiran Biden sekali lagi menyediakan beberapa ujian COVID percuma kepada semua keluarga Amerika Syarikat (AS) ketika ia melancarkan pelan kontingensi untuk menghadapi kemungkinan kemunculan koronavirus pada musim sejuk ini.

    Selepas tiga bulan, pentadbiran itu akan menyediakan empat ujian pantas kepada semua keluarga AS menerusi covidtests.gov bermula hari ini, kata pegawai kanan pentadbiran. Kes COVID telah meningkat selepas cuti Hari Kesyukuran dan peningkatan seterusnya diramalkan daripada perhimpunan majlis keramaian serta perjalanan semasa Krismas dan Tahun Baharu.

    Pentadbiran sedang mempersiapkan kakitangan dan peralatan sekiranya mereka diperlukan untuk membantu hospital terbeban dan rumah penjagaan, seperti yang berlaku dalam gelombang virus sebelum ini. Setakat ini, tidak adanya permintaan untuk bantuan, namun ventilator dan peralatan perlindungan peribadi telah disediakan, menurut pegawai itu.

    Selain itu, pentadbiran Biden juga menggesa negeri dan kerajaan tempatan supaya melakukan lebih banyak untuk menggalak orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID bivalen, yang menurut saintis adalah lebih berkesan dalam melindungi penyakit serius dan kematian akibat varian yang sedang menular sekarang. – AP

    Presiden Joe Biden bercakap semasa majlis makan malam Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Afrika di East Room, Rumah Putih di Washington pada 14 Disember 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda