Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Rumah’ serba guna

    PARA pelancong kini boleh membina rumah dan tempat penginapan mereka di mana sahaja mereka berada kerana satu set peralatan baharu yang merangkumi kegunaan bagi ruang dapur dan tempat tidur telah dihasilkan.

    Pereka yang berpangkalan di Milan Mark Sadler telah membuat aksesori serba guna dengan menggunakan jenama beg pakaian Fabbrica Pelletterie Milano (FPM).

    Tetapi set lengkap itu dijangka dijual dengan harga yang tinggi dan dijangka akan ditetapkan dengan harga $16,000 pound untuk pelanggangnya yang berminat.

    Peralatan tersebut merangkumi peralatan aluminium terbuka, penjanaan kuasa dalaman rumah, periuk, peti sejuk, laci pinggan mangkuk dan meja lipatan.

    Jurucakap dari studio reka bentuk Sadler berkata stesen dapur yang belum lagi dipasarkan dijangka akan dijual dengan harga 5,693 pound.

    Peralatan tempat tidur itu merupakan satu inovasi bagi kegunaan pemiliknya. Ia dijual dengan harga 6,045 pound yang mempunyai bingkai tilam kayu lipat dan alas tempat tidur.

    Unit pejabat jenama FPM kini dijual dengan harga 4,293 pound, merangkumi kemudahan seperti laci dan kerusi meja lipat.

    Terdapat juga soket elektrik di dalam peralatan tersebut bagi kegunaan pemiliknya.

    Sementara itu, peralatan tempat tidur pula dijual dengan harga 6,045 pound, merangkumi bingkai tilam kayu lipat dan alas tempat tidur.

    Semua tempat penyimpanan barang dilengkapi dengan perincian hasil kulit.

    Masing-masing mempunyai empat roda yang berputar di semua arah untuk memudahkan lagi ketika membawanya.

    Sadler juga membuat pelbagai jenis kelengkapan aluminium yang lebih konvensional untuk FPM.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda