Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah tangga Amir Khan musnah

    Rumah tangga pelakon Bollywood terkenal Amir Khan dan isterinya Kiran Rao yang dibina selama 15 tahun akhirnya musnah.

    Amir membuat pengumuman itu dalam satu sidang media pada Sabtu dan memberitahu mereka sudah lama merancang untuk berpisah.

    “Kami sudah lama rancang untuk berpisah dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melakukannya secara rasmi. Sepanjang 15 tahun yang indah, kami bersama-sama saling berkongsi pengalaman hidup, rasa gembira dan gelak tawa. Hubungan kami juga terbina atas rasa percaya, cinta dan hormat.

    “Sekarang, kami akan memulakan episod baharu dalam hidup kami masing-masing,” katanya.

    Dalam pada itu, Amir berkata, dia dan isteri akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap anak mereka Azad Rao, 11, dan kerjaya seperti biasa.

    “Kami tetap menjadi ibu-bapa yang setia kepada anak lelaki kami, Azad yang kami akan pelihara dan besarkan bersama.

    “Kami juga akan terus bekerja secara berkolaborasi dalam filem, kerja amal Yayasan Paani dan projek-projek lain yang kami sukai,” tambahnya. – Agensi

    Amir membuat pengumuman dalam satu sidang media dan memberitahu dia dan isterinya, Kiran Rao sudah lama merancang untuk berpisah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda