Monday, July 1, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Rumah tangga Baim Wong didakwa sedang bergolak

    Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa rumah tangga pelakon Baim Wong dan isteri iaitu Paula Verhoeven sedang bergolak, dedah mStar.

    Ini selepas timbul gosip mendakwa mereka sudah tidak tinggal bersama.

    Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Baim dipercayai menghantar dua orang anaknya pulang ke rumah isteri.

    Dia dilihat keluar semula daripada rumah berkenaan untuk pulang ke kediamannya.

    Tidak hanya itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Baim meminta agar orang ramai mendoakan perkahwinannya.

    Malah dia juga tidak memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

    “Buat wartawan, saya tak boleh beri kenyataan buat masa ini. Tapi doakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

    Sebelum ini, Baim dan isteri dilihat sudah tidak meluangkan masa bersama sekali gus menimbulkan khabar angin tersebut.

    Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula Verhoeven pada 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3 dan Kenzo yang berusia 2 tahun. – Agensi

    Baim dilihat semakin jauh dengan isterinya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...