Wednesday, December 11, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Terbuka Gawai pemimpin Dayak Sarawak meriah 

    KUCHING, 1 JUN – Rumah terbuka Gawai anjuran pemimpin Dayak Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan etnik.

    Majlis yang bermula 10 pagi hingga 4 petang itu turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Tetamu disajikan dengan pelbagai juadah dan persembahan yang mewakili etnik serta budaya masyarakat Bumi Kenyalang.

    Majlis dianjurkan pemimpin-pemimpin Dayak Sarawak di peringkat Persekutuan dan negeri yang diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah. Semalam, dalam perutusan sempena sambutan Gawai Dayak 2023, Abang Johari berkata kaum Dayak mempunyai aset besar dalam bentuk pemilikan tanah yang harus diberi keupayaan untuk menjana pendapatan menerusi pelbagai cara. Beliau berkata kerajaan negeri akan terus berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur bagi menyokong usaha pembangunan di kawasan luar bandar.

    “Usaha ini melibatkan perbelanjaan besar, namun saya yakin dengan pendapatan negeri yang semakin bertambah ia dapat dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa agensi pembangunan setempat yang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri,” katanya. – Bernama

    Persembahan tarian tradisional masyarakat Bidayuh di Sarawak memeriahkan majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Sambutan Gawai Dayak diadakan pada 1 Jun setiap tahun. Lazimnya, sambutan Gawai Dayak ini disambut setelah musim menuai sebagai tanda kesyukuran. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda