Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rumah terbuka KBRI eratkan hubungan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Pegawai-pegawai kerajaan Republik Indonesia dan Brunei Darussalam serta wakil-wakil kerajaan negara luar di negara ini berpeluang mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh harmoni pada Majlis Rumah Terbuka di kediaman Duta Besar dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam di Jalan Kebangsaan, di sini, kelmarin.
     
    Berkenan hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah.
     
    Turut hadir ialah menteri-menteri kabinet, dan ahli-ahli diplomat serta para jemputan khas.
     
    Mengalu-alukan kedatangan tetamu dan para jemputan khas ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Achmad Ubaedillah dan isteri, Siti Rif’ah
     
    TYT Profesor Dr Achmad Ubaedillah ketika ditemu bual berkata, kehadiran para jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan itu menunjukkan hubungan erat antara kedua-dua belah pihak dan beliau juga berharap agar majlis berkenaan dapat mengeratkan lagi kerjasama yang sedia ada. 
     
    Tuan Yang Terutama turut menyentuh mengenai hubungan antara Brunei Darussalam dan Indonesia yang kini semakin terjalin erat dan beliau bersyukur hubungan ekonomi kedua-dua buah negara juga semakin meningkat sepanjang tahun serta berharap ia akan semakin bertambah baik pada tahun-tahun mendatang.
     
    Sepanjang majlis berkenaan, para jemputan dihidangkan makanan tradisi khas Indonesia seperti Lontong Cap Gomeh, rendang, Sate Padang, Bakso Malang, Asinan Bogor, Siomay dan pelbagai jenis kuih-muih khas Indonesia.
     
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna yang diiringi YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz berkenan bergambar ramai pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah berkenan berangkat ke majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KBRI
    ATAS & BAWAH : Menteri-menteri kabinet yang turut hadir pada majlis rumah terbuka KBRI berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...