Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah terbuka StanChart meriah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) telah memasuki hari ke sembilan namun kemeriahannya masih terasa dengan acara-acara rumah terbuka seperti yang diadakan Bank Standard Chartered (StanChart) Brunei di Hua Ho Manggis Mall.

    Kira-kira 500 orang jemputan hadir pada majlis itu termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pelanggan, ahli persatuan perniagaan, ahli korporat, ketua-ketua perwakilan luar negara ke Negara Brunei Darussalam serta rakan-rakan bank yang telah dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim.

    Semasa berucap pada majlis itu, Pengiran Aki Ismasufian berkata, perayaan berkenaan menawarkan peluang unik untuk pihak bank melibatkan diri dengan pelanggan dan pihak berkepentingan, mengukuhkan lagi hubungan mereka.

    “Sebagai satu-satunya bank antarabangsa di Brunei yang mempunyai jejak dalam kesemua 10 pasaran ASEAN, komitmen kami kekal teguh dalam memacu perdagangan dan kemakmuran di Brunei dan menjamin masa depan yang berdaya tahan di rantau ini,” ujarnya.

    Kenyataan berkenaan bukan sahaja menggambarkan kegembiraan beliau untuk majlis sambutan itu tetapi juga menekankan dedikasi bank untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran Brunei, selaras dengan peranannya sebagai pemain utama dalam landskap kewangan ASEAN.

    Pengiran Aki Ismasufian bergambar ramai dengan para tetamu pada acara rumah terbuka di Hua Ho Manggis Mall. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara jemputan yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda