Keadaan rumput yang panjang terutamanya di kawasan perumahan Kampung Bengkurong terlalu menyakitkan mata yang memandang.
Hal Ini bagi penulis dapat menimbulkan imej yang buruk bukan hanya terhadap penduduk kampung, malahan terhadap pihak yang berkenaan di negara ini.
Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman? Begitu juga halnya dengan keindahan kawasan perumahan, di mana ia adalah cerminan kepada nilai dan kepekaan masyarakat kita terhadap kebersihan di negara ini.
Lantaran itu, saya ingin menekankan bahawa pihak berkuasa tempatan sepatutnya bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan perumahan.
Malas, cuai dan tidak ambil endah dalam menjalankan tanggungjawab ini adalah tidak dapat diterima. Penduduk perlu hidup dalam persekitaran yang sihat dan ceria.
Maka, tindakan segera dan sistematik perlu diambil untuk memotong rumput, membersihkan kawasan dan memastikan kesejahteraan masyarakat terjaga.
Justeru itu, perkara ini juga memerlukan kerjasama kejiranan dan penduduk untuk sama-sama menggembleng tenaga dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk memastikan kawasan perumahan di negara ini sentiasa terjaga dengan baik.
Sesungguhnya, menjaga kebersihan bukanlah hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi juga tanggungjawab bersama semua penduduk.
Kita harus bekerjasama, bersatu tenaga dan menghargai kebersihan dan keindahan tempat tinggal kita dan jangan biarkan rumput panjang sekeliling rumah hingga boleh mengundang haiwan liar bersarang.
GreenGuardian