Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Run with Cadets! kumpul dana Gaza

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Seramai 120 orang peserta telah menyertai Larian Amal: Run with Cadets! yang julung kalinya diadakan oleh Pasukan Kadet Tentera Universiti Islam Sultan Sharif Ali (KT UNISSA) dengan kerjasama Velosir Enterprise, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, baru-baru ini.

    Tujuan utama larian amal itu diadakan untuk mengumpul dana Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli-ahli kadet tentera, di samping memupuk semangat kesukanan dan kerjasama yang menjadi teras latihan kadet tentera. Larian amal itu melibatkan ahli-ahli pasukan kadet tentera dari lima buah institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu UNISSA, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dan Politeknik Brunei (PB).

    Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Pemangku Pegawai Pemerintah Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB), 451 Mejar (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Mohammad Yussof, jurulatih-jurulatih, guru-guru pengawas dan alumni-alumni kadet tentera.

    Ahli-ahli pasukan kadet tentera yang terlibat bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda