Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Runding keamanan Cyprus

    CRANS-MONTANA, Switzerland, 30 Jun – Ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres tiba di Switzerland hari ini untuk memberi rangsangan bagi rundingan penting yang dihasratkan untuk menyatukan semula pulau Cyprus Mediterranean selepas lebih dari empat dekad perpisahan perit.

    Guterres menyertai rundingan di pusat peranginan Crans-Montana, Swiss Alpine ketika para pemimpin Cypriot di bawah tekanan antarabangsa tegang untuk memeterai perjanjian.

    Sumber terdekat kepada rundingan itu berkata Guterres akan meminta para pemimpin Cyprus Turki dan Greece untuk mengambil keputusan ‘besar dan berani’ pada sidang kemuncak itu, yang dianggap sebagai peluang terbaik bagi keamanan terakhir di pulau itu.

    “Kami berharap setiausaha agung boleh memainkan peranan pemangkinan dalam menggalakkan pihak-pihak itu membuat penyelesaian dalam konflik terakhir Eropah,” sumber itu memberitahu AFP.

    Cyprus anggota EU, telah berpisah sejak 1974 selepas tentera Turki menyerang pulau itu berikutan percubaan rampasan kuasa diinspirasikan Athens yang mencari penyatuan dengan Greece.

    Nicos Anastasiades (kiri), Antonio Guterres dan Mustafa Akinci (kanan) bergambar dalam pusingan baru persidangan Cyprus di bawah naungan PBB, di Crans-Montana, Switzerland, pada 30 Jun. – AP
    Nicos Anastasiades (kiri), Antonio Guterres dan Mustafa Akinci (kanan) bergambar dalam pusingan baru persidangan Cyprus di bawah naungan PBB, di Crans-Montana, Switzerland, pada 30 Jun. – AP

    Negara utara ketiga itu kemudian mengumumkan ia satu wilayah terpisah, satu langkah yang hanya diiktiraf oleh Ankara. Turki mengekalkan lebih 35,000 tentera di sana, dan mana-mana prospek penyatuan semula Cyprus bergantung sepenuhnya pada pengurangan drastik kehadiran tentera Turki.

    Sumber diplomatik memberitahu AFP bahawa Ankara sedang mengurangkan bilangan tenteranya sebanyak 80 peratus, namun Menteri Luar Negeri, Mevlut Cavusoglu menafikan pengunduran tentera dalam televisyen kerajaan.

    Presiden Nicos Anastasiades, pemimpin Cyprus Greece yang mengetuai kerajaan yang diiktiraf antarabangsa di pulau itu, dan rakan sejawatan Cyprus Turki, Mustafa Akinci telah mewakili komuniti mereka masing-masing.

    Mereka disertai delegasi daripada kuasa-kuasa penjamin Cyprus iaitu Greece, Turki dan Britain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda