Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rundingan CAFTA 3.0 terokai potensi perdagangan

    BEIJING, 17 FEB – China dan ASEAN akan terus mempermudah serta meningkatkan liberalisasi dalam aktiviti perdagangan dan pelaburan di samping giat memperluas kerjasama membabitkan bidang baharu muncul.

    Difahamkan, rundingan pusingan pertama berhubung Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 sudah dimulakan baru-baru ini.

    Kedua-dua pihak mengenal pasti lingkungan perbincangan, aturan tatacara, jadual waktu dan peta jalan mengenai rundingan itu.

    Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata pembinaan CAFTA 3.0 akan terus menjana potensi perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain sekali gus memacu integrasi ekonomi serantau.

    “Program berkenaan bermanfaat bagi kedua-dua pihak berkongsi peluang pembangunan baharu daripada sektor seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau, sehingga mewujudkan pemacu baharu pertumbuhan ekonomi serantau.

    “Ia juga membantu memperdalam kerjasama melibatkan rantaian perindustrian, bekalan dan nilai dan menggalakkan kerjasama saling untung,” kata beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...