Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan damai Pakistan dengan Afghanistan ‘gagal’

    ISLAMABAD, 29 OKT – Pakistan hari ini menyatakan bahawa rundingan untuk mencapai gencatan senjata berkekalan dengan Afghanistan telah gagal menghasilkan penyelesaian yang berkesan, sambil memberi amaran bahawa pihaknya akan mengambil langkah untuk melindungi rakyatnya.

    Pakistan dan Afghanistan telah mengadakan rundingan di Istanbul bagi mencari jalan damai selepas kejadian pertempuran sempadan paling berdarah antara kedua-dua negara Asia Selatan itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Keganasan tersebut yang meragut lebih 70 nyawa dan mencederakan ratusan orang tercetus selepas beberapa letupan berlaku di Kabul pada 9 Oktober, yang mana pihak berkuasa Taliban menuduh Pakistan sebagai dalang.

    “Malah, pihak Afghanistan tidak memberikan sebarang jaminan, terus menyimpang daripada isu utama dan memilih untuk menyalahkan, mengelak dan menggunakan helah,” kata Menteri Penerangan, Attaullah Tarar di platform X selepas empat hari rundingan yang diusahakan oleh Qatar dan Turkiye.

    “Rundingan ini, malangnya, gagal membawa kepada sebarang penyelesaian yang praktikal.”

    Tarar berkata Pakistan menyertai rundingan itu dengan semangat keamanan, namun menuduh Kabul terus memberi ‘sokongan berterusan kepada pengganas anti-Pakistan’. – AFP

    Seorang anggota keselamatan Taliban berkawal ketika pelarian Afghanistan yang diusir dari Pakistan tiba di lintasan sempadan sifar antara Afghanistan dan Pakistan, di daerah Spin Boldak, wilayah Kandahar pada 27 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda