Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan damai Venezuela di Oslo

    OSLO, 16 Mei – Wakil rejim Venezuela dan pembangkang sedang mengadakan “rundingan perdamaian” di Oslo pada minggu ini, lapor media Norway hari ini.

    Venezuela telah dibelenggu krisis politik sejak speaker dewan undangan Juan Guaido mengisytiharkan dirinya pemangku presiden pada Januari dalam cabaran langsung kepada kewibawaan Presiden Nicolas Maduro.

    Radio NRK dan rangkaian televisyen, memetik sumber tanpa nama, berkata ia adalah kali kedua rundingan perdamaian yang telah diadakan di ibu negara Norway di antara rejim Maduro dan wakil Guaido.

    Ia berkata rundingan juga telah diadakan di Cuba.Rundingan terbaharu diadakan di satu lokasi rahsia selama “beberapa hari” dan dijangka berakhir hari ini, kata NRK.

    Kementerian luar Norway tidak dapat dihubungi untuk memberi komen mengenai laporan itu.Menteri Komunikasi Venezuela Jorge Rodriguez dan gabernor wilayah Miranda Hector Rodriguez mewakili kerajaan Maduro, kata NRK.

    Pembangkang diwakili oleh bekas timbalan Gerrado Blyde, bekas menteri Fernando Martinez Mottola dan naib presiden Dewan Undangan Negara. – AFP

    Sekumpulan orang muda rehat dalam lubang di tembok di kawasan Agua Salud, Caracas, Venezuela pada 15 Mei 2019. Lebih 3 juta penduduk Venezuela telah meninggalkan negara mereka dalam beberapa tahun ini di tengah inflasi yang tinggi dan kekurangan makanan dan ubat. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda