Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan Israel, Palestin dilancar

    AMMAN, 26 FEB – Wakil Israel dan Palestin sedang mengadakan rundingan di Jordan hari ini, kata media negeri di negara itu, dengan mesyuarat ‘keselamatan politik’ itu berhasrat memulihkan keamanan selepas meletusnya keganasan teruk.

    Penyiar Jordan Al-Mamlaka berkata rundingan, yang dilancarkan di resort Laut Merah Aqaba, adalah ‘yang pertama dalam beberapa tahun di antara Palestin dan Israel dengan penyertaan serantau dan antarabangsa’ dan akan membincangkan ‘situasi di wilayah Palestin.’ Sumber yang mengetahui mesyuarat itu berkata ketua risikan Palestin, Majed Faraj dan ketua agensi keselamatan dalam negeri Israel Shin Bet, Ronen Bar dijangka hadir.

    Penyelaras Majlis Keselamatan Negara AS untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Brett McGurk, serta pegawai keselamatan Jordan dan Mesir juga dijangka hadir, tambah sumber dengan syarat namanya tidak disiarkan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media.

    Rundingan diadakan di tengah kebimbangan antarabangsa berhubung pergolakan yang meningkat di antara Israel dan Palestin. Seorang pegawai kerajaan Jordan memberitahu AFP semalam mesyuarat bertujuan ‘membina kepercayaan’ di antara Israel dan Palestin, selain mencapai persetujuan mengenai langkah keselamatan dan ekonomi untuk meredakan penderitaan penduduk Palestin. – AFP

    Briged Al-Aqsa, Briged Qassam, Briged Quds dan Briged Abu Ali Mustafa berkumpul untuk siding media bersama di kem pelarian Jenin untuk mengecam rundingan Aqaba di antara pihak berkuasa Israel dan palestin pada 25 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda