Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan nuklear AS, Pyongyang buntu

    SEOUL, 1 SEPT – Korea Utara semalam menyelar komen Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo (gambar bawah) yang bercakap mengenai ‘tindakan jahat’ Pyongyang dan memberi amaran, jangkaan untuk rundingan nuklear dengan Washington ‘beransur hilang.’

    Kata-kata kemarahan Pyongyang dikeluarkan ketika rundingan peringkat kerja dengan Washington kekal buntu, walaupun satu perjanjian dibuat Jun lalu antara pemimpinnya Kim Jong-un dan Presiden Donald Trump untuk memulakan proses itu.

    Sebaliknya tiada perkembangan berlaku sejak beberapa minggu lalu ketika negara penentang itu melancarkan siri ujian senjata sebagai bantahan terhadap latihan ketenteraan bersama antara AS dan Korea Selatan.

    “Jangkaan kami untuk mengadakan dialog dengan AS secara beransur semakin hilang dan kami dipaksa untuk meneliti semula semua langkah diambil setakat ini,” kata Timbalan Menteri Luar Korea Utara, Choe Son Hui dalam kenyataan dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

    Son Hui menyasar kenyataan dibuat awal minggu ini oleh Pompeo yang menyifatkan tindakan Korea Utara sebagai ‘tindakan jahat’ yang tidak boleh diabaikan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja