Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan perjanjian pandemik berakhir tanpa kesepakatan

    GENEVA, 8 DIS – Rundingan tambahan yang berusaha untuk mencapai perjanjian global penting mengenai pengendalian wabak masa depan berakhir Jumaat lalu tanpa kejayaan.

    Rundingan seminggu di ibu pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Geneva dibuka pada Isnin – hampir tiga tahun selepas negara-negara memutuskan, susulan kemuncak krisis COVID-19, untuk merangka perjanjian baharu mengenai pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas wabak.

    Sesi tertutup itu ditambah kepada rundingan pusingan ke-12 yang diadakan bulan lalu dengan harapan untuk mencapai kesepakatan menjelang akhir tahun.

    Namun di tengah-tengah perkembangan yang semakin meruncing, rundingan itu dijangka diteruskan pada 2025 tanpa menyelesaikan beberapa isu yang paling sukar.

    Pengerusi bersama Anne-Claire Amprou menggesa negara-negara untuk meluluskan seberapa banyak perjanjian.

    Beliau berkata pada sesi terbuka dengan pertubuhan bukan kerajaan, objektifnya adalah untuk memuktamadkan rundingan dan mencapai perjanjian wabak itu, walaupun ia tidak sempurna. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda